Suasana di Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM) hari itu memang berbeza sama sekali dengan hari-hari sebelumnya. Kedengaran suara berbalas-balas soal jawab dan fakta, baik lelaki mahupun wanita. Masing-masing cuba menegakkan pendirian dan kata-kata.
DTA kali ini yang menampilkan tema Debat Melahirkan Mahasiswa Intelektual dianjurkan Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Pertama, UM dengan kerjasama daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Majlis Orator UM (MORUM) serta Alumni Pendebat UM.
Ia diadakan di Kolej Kediaman Pertama dan Balai Ungku Aziz, UM dan telah menghimpunkan 54 pasukan daripada 30 universiti awam, institusi pengajian swasta, politeknik dan pusat asasi dari seluruh pelosok negara.Pasukan pendebat UIAM tampil juara berganda selepas memenangi kategori Utama dan Muda sekali gus menjadikan pasukan UiTM sebagai naib johan.
Bagi kategori Muda, pasukan UIAM menjuarai pertandingan setelah menewaskan Universiti Multimedia (MMU). Dinie Zhafri daripada UiTM muncul Pendebat Terbaik bagi Kategori Utama manakala Faizul Izwan (MMU) berjaya mendapat hadiah selaku Pendebat Terbaik kategori Muda.Johan bagi kategori Utama dan Muda telah membawa pulang wang berjumlah RM3,000, trofi berserta sijil pencapaian manakala bagi naib johan pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,800, trofi berserta sijil pencapaian.
Bagi pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta trofi dan sijil pencapaian.Manakala Nurul Rashidah Mohamed Roseli dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Liga yang membolehkannya memperoleh piala pusingan dan iringan.
Usul pertandingan akhir kategori utama berbentuk Undi Anak Muda Penentu PRU dengan pasukan UIAM selaku pencadang. UIAM juga tampil unggul dengan muncul juara liga selepas memenangi keenam-enam pusingan awal tanpa kalah.
Hadir merasmikan pertandingan akhir tersebut adalah Ahli Dewan Negara, Senator Tuan Khairul Azwan Harun dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya, Datuk Profesor Rohana Yusof.
DTA menjadi platform bagi para pendebat dari kalangan mahasiswa untuk membahaskan dan mengutarakan pendapat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara.
"Kedatangan acara ini sangat dinanti-nantikan oleh penggiat debat varsiti tanah air. Ianya merupakan satu platform untuk peserta merapatkan ukhuwah sesama pendebat dan alumni antara IPT di samping dapat bertukar-tukar pendapat mengenai isu semasa negara mahupun dunia,” katanya.
Sumber: DTA